I iz no glamour blogger.Ntah ade tak yg bace blog nie selain dari hubby hahaha.Tapi as i put my fb link here,ada a few strangers yg add takde bagi salam apa then suddenly promote her so called "business".Fyi,me and hubby and the rest of our family donot acknowledge recruit2 downline nie as business and no,i donot need a bengkung kurus as aku lagi rampin,kurus dari ko,berat aku 40kg je,ko ade?=p So if you're planning to add me on fb so i can read your status about the free oversea trip,4-5 digits monthly income,designer stuff and what not and use agama to make everything looks halal,so sorry lah,i donot buy that.Saya orang kampung yg pernah tinggal di oversea(us/uk/germany) for a total of 6 years dan ok je pakai bag/purse prada/fendi hantaran kawen 6 thn lepas,percaya MLM yg mengamalkan sistem pyramid itu haram.
Apa itu sistem pyramid? -taken from ilmudanulama blogspot
Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas
dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim
itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat
tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang
keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.
Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah
dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke
atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja digembur gemburkan
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja digembur gemburkan
Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.
Oklah lagi kata kata dari blog itu
"Kita boleh berbeza pendapat,tetapi adab adab mesti dijaga dan penghinaan sesama muslim adalah dilarang sama sekali"
not that i am too content with my life,sampai jadi housewife yg tanak berusaha,tapi kami percaya byk lagi cara yg lain.Dan saya jugak a member to this SAY NO TO MLM group,jadi kalau nak add utk tgk saya post article on this,silakan lah.
selamat berilmu dan beramal.k sorry thanks bye.
8 comments:
amiey.. sy pon serabut ngan org duk promote MLM ni.. serabut sungguh kat FB saya.. rase nak delete je sekalian org... duk promote cuti sane sini...
the purpose of bisnes is to do bisnes, bukan promote trip bercuti kalau join jadi downline..
sabar ye amiey!
bibieee!ami mmg dah delete semua yg promote Hai O nie,ckp terang terang la.mmg serabut betul lah sebab,nak2 cara diorang tue.Ya Allah tgk ada satu gambar tue,meeting nak set goal tue ape isinya tau?Aim nak beli handbags.Ok go ahead lah kan,tapi ami tak boleh tahan dah bile bace status leader die ni yg merendahkan housewife tapi masih lagi ckp Alhamdulillah rezeki Allah.Ada pulak pengikut2(downline lah kot) die menjawab bila org tanye kenapa kutuk housewife sedang ulama pon kata jaga anak nie kerja yg mulia.yg downline habis pakat dok like status ketua even terang terang merendahkan org lain.saya seriously terlebih garam dah huhu
Ami,
Sgt tersentuh dgn paragraph Ami psl misi menjadi SAHM itu. I'm so with u on this. And me too dah lama say NO TO MLM. Pity those yg buta2 termakan propaganda MLM. Yg dah merasa seronok dilimpahi kemewahan MLM pulak lagi kesian sbb mata dah kabur dgn duit.
Shida takleh accept yg diorang cakap it's a business..padahal cuma sales girl. They dont know the cost and profit of each unit sold. Yg kaya, boss2 atas goyang kaki..ramai jugak approach shida mostly educated friends. But for me i still believe diet n good exercise is totally long term way to loose weight. Maybe short term berkesan.
Now, bila org tanya nak keje ke tak? Shida kate tak nak dah..seronok duk rumah. To tell the truth, lagi penat dr bekerja.
Ami, i pun anti MLM esp bab2 promote corset ni. Someone even had the nerve to contact me & promote her product when clearly she knows how firm i stand on healthy lifestyle & exercise kan.
Lagi satu, i rasa most women yg join mlm ni hamba duit & nak memuaskan nafsu shopping masing2. Mcm u ckp, dlm islam memang disuruh mencari rezeki tapi kalau sampai jadi hamba duit, tu dah salah. Byk lagi i nak komen tapi takpelah cukup jela setakat ni. Kang ramai sentap lak. Hiks
kesian kan diorang,macam moose ckp,dah jadi hamba duit.Paling sentap la kali nie sebab bila leader asik riak,kutuk2 org,downline anak2 die semua pakat pi agree,ade yg menjawab ayat ustaz pulak tue.that's too much.Gaya macam leader kentut pon ckp wangi dah,hehh excuse my sentence tapi i hope u get what i mean.tapi pandai pulak guna agama,syukur semua even agama doesnot promote membazir,merendah2,berbangga diri dan menghina org sebegitu hmmm
Salam ami, i dah lama baca ur blog, parenting tips:).... Tp ni first time dok komen...yeah, i pin baca dat stat, and me with some fb frens komen lah pasal ni, guess what lpstusume kena block kot...hihihi...mak tak kesah ok..seriously i tak kesah pun apa dia nak buat,, thats her life..tp iwas sedih bila baca her stat kat fb tu... Is that how bad jadi sahm? Depress kjp coz baru 6 bulab jd mak..hihihi... Sometimes, ya, i do terasa and down sikit, when peolpe give a bad comment abt me being a sahm...tp fikir blk, i tak sgp kot nak bg org lain jaga my baby, 5 thun kitaorg tunggu utk dpt baby...so i rasa kesian kat dia , time jd sahm dulu life dia mcm tu.. Am happy with my life even tak beli handbag cenel 10 ketu sebulan,, cenel yg seketul tu pun rasa nak jual, tak pkai pun since ada baby..
Oppps..sorry terkomen pjg plk..salam perkenalan..am sue btw
Hi Sue,geng sahm la nie ey hehe.yer maybe she wasnot happy doing apa yg kite tgh enjoy buat sekarang,jaga anak,jaga makan minum keluarga.lain org,lain priority and thinking.Tak kisah la kan,but one thing one tak patut buat is looking down to others,jgn merendah2 org,itu i rasa tak patut lah hehe ckp pasal nie mmg le emo ;p
Post a Comment