Advertise Here

harith ami & muhriz

Recipe nie ami copy from EncikMat,tiru sebijik ;p
For the pastry,i've tried both recipes,sama ja,due2 pon ok ;)

Pastry 1
Ingredients
200 g mentega
100 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
420 g tepung gandum

Directions
Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang), masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulatkan, tutup dengan plastic cling, sejukkan for 10-15 mins. Ambil doh,canai nipis antara 2 lapisan plastik, doh mesti lebih lebar dari acuan tat. Buka satu lapisan plastik, terbalikkan ke dalam acuan tat tadi. Ratakan, dan tarik keluar plastik. Kemaskan doh, cucuk permukaannya dengan garfu dan alas dengan aluminium foil, isi kekacang dan bakar 15 minit pada suhu 190C . Kemudian angkat keluar aluminium foil tadi, sambung bakar 5 minit lagi.

Pastry 2
Ingredients

125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising

1 biji telur, dipukul sedikit
220 g tepung
1 camca teh esen vanilla

Directions
Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulatkan doh, dinginkan 20 minit. Keluarkan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik ,lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (e.g kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.

Note: ami tak letak kacang.mmg kembang la sket base tart tue ;p

Fruit Tartlet (Filling) 1 biji telur
30 g gula halus
20 g tepung kastard
100 g susu cair
100 g whipping cream
1/2 camca teh esen vanilla fruits(peach,kiwi,grapes,strawberry etc)

Satukan susu dan whipping cream, kacau rata dan masak hingga suam. Dalam bekas lain satukan telur, gula dan tepung kastard, kacau rata. Masukkan susu suam tadi dan kacau bancuhan hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double-boiler sambil terus mengacau hingga pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Paipkan krim kastard ke dalam pastri. Kemudian susun buah2an mengikut kreativiti masing2. Sapu dengan apricot glaze untuk nampak berkilat.

**Ok,i cheat,tak buat double boiler pon,mal
as ;p.


Strawberry Cheese Tart(Filling)
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)

20 g mentega
100 ml whipping cream emon
1 biji telur
Strawberry(or blueberry) filling

Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.
Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan strawberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh.

4 comments:

reena said...

Meleleh air liur tengok cheese tart tu!

Ami said...

tgk2 senang je kan nak buat kan reena?;p

nurul aziyana said...

baru nk mintk resepi...hahahah tgk2 ami dh tempek cni..tp mintk2 pun dok tahu biler nok buat..hahaha..rajin sungguh die masak..bertuah btul harith yer..hehehhe..blog ni pun dh rase mcm blog msakan dh

Ami said...

alaa zie,kalu awok ade byk mase cam oghe pon mesti masok mace2 ko pahmi ;p.tuh aa,dok tahu nok cite mende,asik letok gambar food jah.

Post a Comment